5 Tips nak kurus?

Bismillah.

Aku rumuskan tips kurus setelah aku tanya cik google itu ini sebab aku selalu jugak usha sana sini sbb badan dah berisi. Dulu dah kurus, ni gemuk balik. Sekarang masih berjuang, yeay!

  1. SUSU Sejat – kat sini aku banyak timba ilmu. Info yang sangat berguna kalau beli diari diet yang menarik tu. Susu sejat ni dia lebih tekankan berapa banyak kalori yang kita perlu ambil untuk kurangkan berat badan. Dan kita nak naikkan berat badan pun bolehh. Aku sarankan beli je diari diet yang dia buat sbb dalam tu ade macam2 jenis kalori ada. Cuma nak kena rajin kira kalori setiap benda yang kita makan.
  2. Diet Atkins – Diet atkins ni sebenarnya datang dari pengasasnya iaitu Dr Atkins. Aku tak pernah cuba tapi pernah dengar kebanyakkannya berjaya dalam diet atkins ni. Even dalam masa 2 bulan pun mampu turun 10 kilogram. Bestnyer dengar kan? Cuma dia banyak pantang larang dalam pemakanan dan ikut fasa. Dia suggest minum air kosong banyak dan lebih kan protein dan serat dalam makanan. Secara sains, makanan berprotein akan direct digest. Tapi makanan berkarbohidrat lebih banyak proses dan boleh dinyahtukarkan kepada lemak.
  3. Kevin Zahri – Sape tak kenalkan kevin zahri, health and fitness expert. Banyak masuk tv untuk bagi tips2 exercise. Kalau tengok blog dia, banyak success story yang kita boleh ikut. Ebook pun kevin zahri ade buat dan kena beli yer. Hihi. Yang penting dalaman kita, nak berubah ke tak.
  4. Fat burner – kat Malaysia banyak fat burner especially yang aku tahu Lipo6, Hydroxycut, Mega Fat Burner and etc. Tanya cik google yer. As a future pharmacist, aku tak suggest beli ni sebab kebarangkalian untuk ada side effect and korang boleh baca review kevin zahri tentang fat burner kat SINI dan SINI. Range harga dari MYR100-300 sebulan.
  5. Dr. Oz – haa, yang ni pulak tips dari Dr.Oz. Dia banyak suggest tips untuk lose weight. One of my colleague penah try juice untuk detox, dan lose his weight. So? ape lagi bole tgok website dia. Macam2 diet plan ada.

Alright, tu je la yang aku mampu share. Teruskan berusaha yer! Pilih je mana2 nak ikut. Yang penting istiqamah.

Tadaaa..kurus 1

Leave a comment